Monday, March 23, 2009

Sejarah Teluk Intan

. Monday, March 23, 2009

Sejarah Penerokaan Teluk Intan.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.


Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau.

Sejarah Pendudukan Inggeris.

Setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.

Sejarah Pendudukan Jepun.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.

Klik Untuk Cetak

3 comments:

tupai_dog said...

Projek menara condong perlu sejarah teluk intan?

M Zaki Arif said...

Untuk mendapatkan fakta lanjut mengenai sepitas lalu sejarah negeri Perak, sejarah Teluk Intan dan perihal Menara Condong Teluk Intan (MCTI) sila rujuk buku bertajuk MENARA CONDONG TELUK INTAN karya Zabidin Haji Ismail terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) tahun 2013 yang telah dilancarkan pada 2.2.13 di Dataran Menara Condong oleh wakil YDP Majlis Perbandaran Teluk intan, En. Ayob Shahadan Abdul Rani. Sila ke web ITBM untuk pembelian secara on-line. Jika dalam kuantiti banyak boleh hubungi penulis di talian 012-5070513.

vita min said...

Menara Condong kebanggaan Teluk Intan!

*Anda cari supplemen utk kesihatan? Jom singgah blog kami..
http://vitaminformeandyou.blogspot.com/2013/12/cash-on-delivery-cod-produk-shaklee-di.html

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Thanks To Blogger.com