Monday, March 23, 2009

Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009

. Monday, March 23, 2009

Berikut adalah Arahan Kepada Calon PMR 2009 dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009. Ianya terbahagi kepada tiga elemen, iaitu elemen 1 untuk bahan kajian dan elemen 2 untuk laporan penuh kajian dan elemen 3 untuk karangan esei berpandukan tajuk kajian.


(Elemen 1 - bahan kajian, Elemen 2 - laporan penuh kajian, Elemen 3 - Esei)
  1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.
  2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari bulan Februari hingga bulan Julai 2009 berpandukan senarai semak.
  3. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia.
  4. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat tahap pencapaian Kod 1, Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja, calon hanya layak mendapat Kod 4.
  5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta sejarah.
  6. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara individu.
  7. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.
  8. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
  9. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman mengikut format yang ditetapkan.
  10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan font Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2.0.
  11. Hasil kerja kursus calon hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.
  12. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.
  13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.
  14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.
  15. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.


Klik Untuk Cetak

2 comments:

steve73 said...

kawan2 tolong saya beri pendapat tentang folio sejarah tentang kota a'famosa

Unknown said...

Casino Finder (Google Play) Reviews & Demos - Go
Check Casino Finder (Google Play). https://deccasino.com/review/merit-casino/ A look at https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ some of the best gambling sites in the world. They wooricasinos.info offer a gri-go.com full worrione.com game library,

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
Thanks To Blogger.com