Monday, March 23, 2009

Sejarah Teluk Intan

. Monday, March 23, 2009
3 comments

Sejarah Penerokaan Teluk Intan.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.


Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau.

Sejarah Pendudukan Inggeris.

Setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.

Sejarah Pendudukan Jepun.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.

Klik Untuk Cetak Klik disini untuk melanjutkan »»

Uniknya Menara Condong Teluk Intan

.
0 comments

Keunikan Menara Condong.

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.

Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya pula menggunakan genting.


Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

Apabila diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah “Pagoda”. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.

Klik Untuk Cetak Klik disini untuk melanjutkan »»

Menara Condong Teluk Intan

.
3 comments

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.


Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.

Klik Untuk Cetak

Klik disini untuk melanjutkan »»

Kaedah Kajian

.
1 comments

Dalam menyiapkan kajian saya, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan maklumat bangunan bersejarah Menara Condong di Teluk Intan, Perak. Cara ini saya gunakan kerana ianya bersesuaian dengan kemampuan saya kerana saya tinggal jauh untuk melawat sendiri menara tersebut.

Kaedah yang saya gunakan adalah seperti berikut:


Kaedah menebual orang sumber.
Sebelum kaedah ini dilaksanakan, saya telah meneliti kehendak tugasan. Kemudian saya telah membina soalan. Saya juga mendapatkan pandangan guru pembimbing. Setelah beliau berpuas hati, barulah saya pergi ke rumah orang sumber untuk menjalankan sesi temu bual. Saya telah mencatat, merakam dan mengambil gambar.

Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.
Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Awam dan sekolah. Saya cuba mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan bangunan lama yang bersejarah di Malaysia yang berusia melebihi 100 tahun. Saya telah membuat fotocopy pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven dengan tugasan kami untuk dibawa balik dan membaca isi kandungannya.

Kaedah Melayari Internet.
Saya telah menggunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman web yang memaparkan artikel berkenaan bangunan lama yang bersejarah di Malaysia. Kami berjaya mendapatkan alamat laman web berkenaan daripada laman web carian Google dan Yahoo. Terdapat banyak maklumat yang ditemui dan kami telah memuat turun bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan. Guru komputer telah mengajar kami cara untuk muat turun bahan-bahan tersebut.

Klik Untuk Cetak

Klik disini untuk melanjutkan »»

Objektif Kajian

.
0 comments

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Menara Condong di Teluk Intan, Perak. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:


a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan Menara Condong di Teluk Intan, Perak ini, ianya menyedarkan saya bahawa kerjasama dan perpaduan sesama kaum akan membawa kebaikan.

d) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya.

e) Kajian ini dapat memperkaya pengalaman hidup saya terutama mengajar saya kemahiran berkomunikasi dengan orang lain. Saya perlu cekap mendengar dan mencatat perbualan rakan-rakan dengan tokoh yang ditemu bual.

f) Saya juga mendapat pendedahan tentang persediaan yang perlu dibuat sebelum menjalankan sesi temu bual. Kajian ini membolehkan saya mengetahui keunikan bangunan lama di Malaysia, sejarah pembinaannya, peristiwa penting yang berlaku serta asal-usul nama di bangunan lama itu .

g) Selain itu, saya juga dapat mengetahui kehebatan senibina, faktor yang mempengaruhi senibina bangunan lama tersebut secara lebih terperinci juga sejarah senibinanya. Maklumat ini sangat penting kepada generasi muda seperti saya untuk mengetahui kekayaan kesenian dan kebudayaan Malaysia khususnya dalam senibina bangunan lama.

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian tersebut. Antaranya ialah melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Banyak maklumat yang saya perolehi melalui kaedah tersebut.Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet.Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa.

Klik Untuk Cetak

Klik disini untuk melanjutkan »»

Penghargaan

.
2 comments

Saya Johan Bin Ali, pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan A ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan A Binti B, kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan A (SMKA), Puan A Binti B yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.


Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik B Bin C dan ibu saya, Puan C Binti D serta kakak saya, Cik E Binti B yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan dan galakan sepanjang saya menjalankan tugas ini. Kedua-dua orang tua saya juga telah banyak mengeluarkan biaya untuk saya membeli bahan-bahan yang diperlukan. Bapa saya mempunyai kereta persendirian telah sanggup menghantar saya ke mana sahaja saya perlukan terutamanya ke perpustakaan untuk mengumpul sumber-sumber yang diperlukan. Selain itu, kos penggunaan internet juga di bawah tanggungan mereka.

Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Klik Untuk Cetak

Klik disini untuk melanjutkan »»

Soalan 2 Kerja Kursus Sejarah

.
2 comments

Tugasan 2

  1. Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
  2. Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Klik disini untuk melanjutkan »»
 
Thanks To Blogger.com